SOFTCOVER ESPINA
- Regular price
- RM 42.00
- Sale price
- RM 42.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
PRE-ORDER NOVEL ESPINA
DATE :Bermula hari ini sehingga 28.04.2024
Blurb
Nafla Nadeen merupakan seorang anak yatim piatu yang terpaksa tinggal
bersama adik perempuan arwah ibunya, Puan Khasyimah. Selama 26 tahun tinggal
bersama, Nafla sering diseksa. Tiada satu hari pun dia bebas tanpa diseksa.
Arfan Ikhy merupakan tunang kepada Nafla. Dia sudah dianggap sebagai
tempat untuk berlindung sekali gus tempat dia mengadu segalanya. Namun,
semuanya hanya sementara apabila Nafla hampir menjadi mangsa rogol tunangnya
sendiri.
“Lepas! Lepas, Arfan!” – Nafla Nadeen
“Aku nak kau! Aku nak kau sekarang!”- Arfan Ikhy
Siapa sangka di hari yang paling hitam buat diri Nafla itu, hadirlah seorang
jejaka yang datang menyelamatkan dirinya daripada tragedi itu. Tetapi sayangnya,
jejaka tersebut turut terluka akibat menerima tusukan daripada Arfan ketika ingin
menyelamatkan Nafla.
Namun begitu, Nafla tidak sempat untuk membalas jasa baik jejaka tersebut
kerana kehilangan jejaknya.
“Kau! Kau perempuan hari tu kan, yang buat nyawa aku hampir melayang!
Lepas tu kau nak cuba test market dekat tempat sini?”– Hardy Taqris.
Hardy Taqris adalah jejaka yang telah menyelamatkan Nafla daripada kejadian
tempoh hari. Semenjak dari kejadian itu, Taqris telah pun menyimpan perasaan
dendam dan benci terhadap Nafla. Walau seteruk mana pun layanan Taqris, dia tidak
pernah berhenti untuk memikirkan cara agar dapat membalas jasa baik lelaki itu.
“Kalau kau nak aku terima semuanya, kau kena kahwin dengan aku. Itu syarat
aku” – Hardy Taqris.
“Taqris, kau dah gila? Please Naf, jangan buat keputusan terburu-buru”
– K
K. Karryc Arvian. Sahabat kepada Taqris. Dia memendam perasaan yang
sangat mandalam terhadap Nafla berbanding Taqris.
Namun, dia hanya mampu memendam rasa di dalam hatinya kerana Nafla
terus menerima lamaran daripada Taqris. Pada awalnya, Nafla berfikir bahawa Taqris
benar ikhlas menerimanya tetapi dia silap. Ternyata Taqris hanya ingin menyeksa
dirinya seperti mana yang Mak Ngah dia lakukan. Tetapi K, selalu ada untuk dirinya
dan membela diri dia berbanding lelaki yang bergelar suaminya.
“Kau ingat aku ni ikhlas sangat ke nak kahwin dengan kau, Nafla? Aku cuma
nak seksa kau!” – Hardy Taqris
“You’re too much, Taqris! Kalau kau tak sayang Naf, kau ceraikan dia! Atau
kau nak aku rebut dengan cara kasar!”
– K
Nafla akui, jauh di dalam sudut hatinya dia sudah pun menaruh perasaan
terhadap Taqris. Meskipun, dia sering diseksa perasaan itu tidak pernah berubah. Pada
masa yang sama dia juga turut terluka. Hatinya hancur sehingga tidak dapat
diungkapkan dengan kata-kata.
"Sedikit pun tak terdetik ke dalam hati awak untuk terima saya sebagai seorang
isteri, Taqris?”- Nafla Nadeen.
“Biar aku mati sekali pun, kau memang tak layak untuk aku gelar sebagai
seorang isteri!”- Hardy Taqris.
Mampukah Nafla mempertahankan perasaannya terhadap Taqris atau pun
dia memilih K di pengakhiran cerita? Adakah Taqris akan berubah dan menganggap
Nafla sebagai bidadari buatnya? Pengakhiran kisah ini merupakan keputusan
daripada Nafla sendiri.